Adakah lawatan Dato' Seri Najib ke Thailand
akan membawa sebarang perubahan?
6 DECEMBER 2009 03:00
Pandangan Dato' Seri Najib Tun Razak, perdana menteri Malaysia semasa persidangan Asean di Hua Hin, pada 26 Oktober lalu supaya kerajaan Thailand memberi autonomi di selatan Thai (Pattani) telah disambut baik oleh perdana menteri Thai Abhisit Vejjajiva. Kemudian diikuti pula pandangan yang sama ketua parti pembangkang General Chavalit Yongchaiyudh berkenaan pemberian kuasa autonomi kepada Pattani, Yala dan Narathiwat telah menjadi satu tajuk perbincangan hangat di kalangan ahli politik dan media Thai serta masyarakat umum Pattani tentang pandangan ketiga-tiga pihak tersebut.
Pandangan autonomi Dato' Seri Najib agak jelas bermaksud memberi rakyat tempatan kuasa pentadbiran sendiri. Cuma darisegi luasnya bidang kuasa autonomi tersebut terpulang kepada budi bicara kerajaan Thai. Tambahan lagi, pandangan ini adalah juga sejajar dengan pengishtiharan di akhir mesyuarat menteri-menteri luar OIC ke-34 di Islamabad pada 28 hingga 30 Mei 2007, yang bermaksud mengeluarkan pengishtiharan bersama di antara kerajaan Thai dan OIC. Masalah orang Melayu Islam di selatan Thai sebenarnya bukanlah masalah Agama akan tetapi ianya adalah masalah yang berkaitan dengan hak-hak politik, budaya dan ekonomi masyarakat Melayu. Dengan memberi kuasa autonomi, ini bermakna rakyat diberikan kuasa mentadbirkan urusan mereka sendiri melalui sistem tidak berpusat supaya mereka mendapat kebebasan dalam urusan berkaitan budaya, bahasa, pemilihan wakil-wakil mereka dan juga penguasaan hasil bumi, tanpa menggugat kehormatan dan kedaulatan Thai sebagai sebuah negara. Pengishtiharan pertama ini telah membuktikan bahawa lima puluh lapan negara Islam mahukan supaya selatan Thai (Patani) diberikan autonomi, iaitu dengan memberi kuasa kepada kerajaan tempatan untuk mengurus urusan berkaitan dengan agama, budaya, bahasa dan juga hasil kekayaan alam semula jadi. Agenda yang sama juga kemudiannya dibincangkan dan membuat keputusan dalam mesyuarat menteri-menteri luar negara-negara Islam (OIC) ke-35 yang berlangsung di Kampala, Uganda pada 18 hingga 20 Jun 2008. Akan tetapi, setelah dua tahun persetujuan kerajaan Thai dan OIC, malangnya tidak ada apa-apa perlaksanaan yang telah dibuat oleh kerajaan Thai selain daripada memasukkan bahasa Melayu sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah-sekolah kerajaan yang mana setakat ini cuma telah dilaksanakan di enam buah sekolah sahaja. Walaupun begitu, tulisan yang digunakan adalah masih tulisan Thai dan bukannya tulisan jawi .
Pada mesyuarat para pakar minoriti yang berlangsung di Jeddah pada 18 hingga 19 April 2009 pihak OIC telah menjemput saudara Abu Yasir Fikri presiden pertubuhan persatuan pembabasan Pattani (PULO) untuk memberikan ucapan dan penjelasan tentang masalah di selatan Thai dan pandangan kearah penyelesaian masalah pergolakan di Pattani. Beliau telah memberikan penjelasan tentang asas pergolakan di selatan Thai yang mana ianya berpunca dari ketidakfahaman kerajaan Thai dalam memahami isu orang Melayu dan Islam di sana. Kerajaan Thai menganggap orang-orang Melayu Islam di Pattani mahu memisahkan buminya, adapun pejuang Pattani pula memandang bahawa kerajaan Thai adalah penjajah kerana Pattani pernah menjadi sebuah negara Melayu yang merdeka berabad-abad lamanya yang kemudiannya ditakluk oleh kerajaan Siam dengan menggunakan kekuatan tentera. Pihak kerajaan Thai memandang masalah selatan adalah masalah dalaman Thai tetapi bagi pejuang Pattani pula mereka memandang masalah selatan adalah masalah antarabangsa yang mana rakyat di bawah penjajah berhak menentang penjajah dengan menggunakan apa sahaja kekuatan termasuk menggunakan senjata.
Abu Yasir Fikri juga telah memberikan pandangan ke arah penyelesaian masalah di selatan Thai seperti berikut:
1. Masalah di selatan Thai adalah mustahil untuk diserahkan kepada mereka untuk diselesaikan tanpa campur tangan antarabangsa kerana jarak kefahaman masalah terlalu berbeza di antara kerajaan Thai dengan pejuang kemerdekaan.
2. Sebagai langkah pertama kerajaan Thai hendaklah memberikan kuasa autonomi kepada wilayah selatan Thailand termasuk Pattani, Yala, Narathiwat, Satun dan lima daerah dalam wilayah Songkhla.
3. Kerajaan Thai mesti mengiktiraf bangsa Melayu sebagai mana mereka mengakui bangsa Cina, dan mengiktiraf bahasa Melayu dan tulisan Jawi sebagai salah satu bahasa dan tulisan rasmi di selatan Thai. Tanpa pengiktirafan maka sulit untuk membawa kearah perdamaian.
4. Mengiktiraf undang-undang Islam terutama berkaitan dengan urusan keagamaan dan undang-undang keluarga bagi penganut agama Islam.
5. Memberi peluang kepada rakyat di selatan Thai peluang mengadakan pungutan suara.
6. Penyelesaian masalah di selatan Thai hendaklah melalui meja rundingan antara kerajaan dan pejuang Pattani.
Pada Mesyuarat negara-negara Islam di Damshik pada bulan Mei 2009, pihak kementerian luar negara Islam telah membincangkan isu Patani sebagai salah satu agenda penting dan bukan lagi dalam isu minoriti, tetapi Indonesia dengan sokongan oleh Bahrain telah mencadangkan penangguhan perbincangan tersebut ke mesyuarat tahun hadapan. Ini kerana ingin memberi peluang kepada kerajaan Thai peluang terakhir sebelum langkah susulan akan diputuskan oleh OIC.
Malaysia adalah salah sebuah negara anggota OIC dan juga merupakan jiran terbaik dengan Thailand dan berkecuali daripada terlibat secara langsung dalam isu dalaman Thailand adalah diharapkan dapat memberikan pandangan kepada Thailand supaya bertolak ansur dengan memberi autonomi di selatan Thai.
Di sebelah pihak yang lain, Abhisit yang masih tidak berbuat apa-apa untuk merealisasikan kuasa autonomi kepada selatan Thai cuba mengelirukan masyarakat antarabangsa dengan mengadakan satu sistem pengurusan untuk selatan Thai. Sistem pengurusan tersebut bukanlah autonomi kerana ianya hanyalah sistem yang melaksanakan dasar kerajaan pusat dengan memberi gaji kepada orang melayu untuk bekerja dengan kerajaan.
Bagi Jeneral Chavalit pula, kehendak beliau adalah wilayah selatan Thai diberikan kuasa autonomi, akan tetapi tidaklah pula dinyatakan bagaimana bentuk pengurusan wilayah serta bidang kuasa atau siapakah pihak yang akan menguruskan wilayah autonomi tersebut.
Sekarang seluruh rakyat Pattani menunggu kedatangan Dato' Seri Najib ke Patani pada 7 hingga 9 Disember ini. Dapatkah beliau meyakinkan Abhisit untuk bertolak ansur dengan memberikan autonomi kepada rakyat selatan Thai?
Bagi perjuangan pembebasan Pattani dan masyarakat antarabangsa, mereka akan memerhati apakah keputusan kerajaan Thai samada mereka mahu bertolak ansur atau terus menipu tentang kuasa autonomi. Jika Thai tidak mahu bertolak ansur maka bagi pejuang Pattani, mereka akan meyakinkan pihak antarabangsa bahawa untuk hidup dalam sebuah negara dengan Thai adalah sudah tidak ada jalan lagi dan mahu ataupun tidak kemerdekaan dengan menubuhkan sebuah negara sendiri di utara Malaysia akan menjadi kenyataan. Bagi rakyat Pattani pula mestilah berazam dan bersedia berjuang berpanjangan sehingga ketitisan darah terakhir sehingga terbentuknya sebuah kerajaan sendiri yang merdeka.
/Badan penerangan PULO
Summary in English
Other PULO news:
PULO and Mujahidin joins forces
OIC pressures Thai Government says Abu Yasir
PULO President invited to speak at OIC Meeting 18-19 April 2009
Back to Main page
|
Archive
090305 Empat lagi terbunuh di selatan Thailand
090228 Malaysia terus bantu tangani isu Selatan Thai
090227 Thailand minta ekstradisi Thaksin
090223 'Askar tidak bantu keamanan'
090214 Thailand mengaku usir pelarian Rohingya
090213 Tiga polis terbunuh di selatan Thailand
090213 Enam terbunuh di selatan Thailand
090207 Angelina lawat kem pelarian
090207 Kemboja, Thai tarik balik askar
090205 Bukti Thai dera pelarian Rohingya
090202 Dua ditembak dan dipancung di Pattani
090202 Politik Thailand tegang semula
090118 PM ikrar henti pencabulan hak asasi manusia
090117 Abhisit tidak bimbang lawat selatan Thailand
090117 Abhisit tetap lawat selatan Thailand
090117 Letupan bom di pinggir sempadan
090115 Dua letupan musnah empat pos KIK Thailand dekat Sungai Golok
090115 Pejabat sementara imigresen thai di golok dibom
090114 Dua letupan berhampiran CIQ Sungai Golok
090113 Abhisit buat lawatan sulung ke Selatan Thai
090111 4 ditembak mati di Yala
090105 Abhisit digesa tunai janji di selatan Thai
081231 Tiga maut serangan di selatan Thailand
081229 3,000 polis dikerah patahkan tunjuk perasaan baru
081222 Serangan di selatan Thailand, 2 terbunuh
081221 Kabinet Abhisit dikritik kurang pengalaman
081217 Keamanan masih sukar dicapai
081217 Abhisit PM ketiga tahun ini
081214 Serangan di Thailand, 3 terbunuh
081214Jangan campur tangan - Thaksin
081214 PM daripada parti pro-Thaksin kena tentang
081214 Empat maut di Pattani
081212 UNICEF gesa wujud `zon keamanan’ di selatan Thailand
081206 Lima terbunuh dalam pergolakan di Selatan Thai
081205 Kabar Perundingan Thailand Selatan Bocor
081204 Penglima Tentera: Seorang Tentera Mesti Mempunyai Sehabat Anak Tempat 5 Orang
081202 Somchai terima keputusan mahkamah
081116 106 rakyat selatan Thailand masih ditahan
081115 Poling Menyata Rakyat Sempadan Selatan Tidak Percaya Polis-Askar-
081111 Serangan di Narathiwat, seorang askar terkorban
081104 60 cedera dua bom meletup di Selatan Thai
Task Force 960 mula berhasil
080806 Gencatan senjata diragui
080803 7 letupan bom gegar Hat Yai, Songkhla
080731 Letupan bom di pasar Narathiwat, 18 cedera
|